Cari Kerja
Pilih Kerja mengikut Kelayakan, Sektor DAN Negeri
KERJA KERAJAAN
| MANFAAT | |
![]() |
Elaun Perumahan Mendapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu. |
![]() |
Cost of Living Allowance (COLA) Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja? |
![]() |
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara. |
![]() |
Kenaikan gaji setiap tahun Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam. |
![]() |
Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya. |
![]() |
Cuti tahunan mengikut kelayakan Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat. |
![]() |
Cuti bersalin Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan! |
![]() |
Pinjaman perumahan Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda. |
![]() |
Caruman KWSP atau pencen Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi.. |
![]() |
Bersara pada umur 58 tahun Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu? |
![]() |
Peluang kenaikan pangkat Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni.. |
![]() |
Peluang melanjutkan pelajaran Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan. |
![]() |
Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun. |
![]() |
Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya... |
KERJA SWASTA
| MANFAAT | |
![]() |
Waktu Berkerja Fleksibel bergantung kepada jenis industri. Secara amnya, waktu bekerja di sektor swasta adalah sama iaitu 9pg – 5 ptg, ataupun mengikut sistem giliran (shift). |
![]() |
Gaji Permulaan lebih Tinggi Bijak berunding, anda mungkin mendapat gaji permulaan yang anda mahu. Boleh mohon naik gaji lepas beberapa lama bekerja |
![]() |
Kenaikan Gaji Bergantung kepada prestasi kerja – bukan semua orang akan dapat naik gaji |
![]() |
Faedah Tidak semua syarikat swasta menyediakan faedah untuk pekerjanya. Anda mungkin dapat claim bayaran klinik, tapi kena bayar sendiri jika masuk wad. Cuti tahunan pula biasanya antara 14 - 16 hari. |
![]() |
Bonus Ikut keuntungan syarikat. Bagi yang bernasib baik, mungkin boleh dapat sehingga 4-6 bulan gaji berbanding di sektor Kerajaan. |
![]() |
Tempoh Percubaan Untuk fresh graduate biasanya antara 3 ke 6 bulan – bergantung kepada kecekapan bekerja dan samada bos suka atau tak.. |
![]() |
Persekitaran Kerja Berdaya Saing! Persekitaran kerja agak sengit kerana masing-masing cuba menonjolkan diri supaya cepat naik pangkat |
![]() |
KWSP KWSP sahaja. Tak banyak syarikat yang menawarkan pencen untuk kakitangan |
